FAQ for the New Impact Engine
16.03.2016

Pengurs Sekalian,


Impact Engine yang terbaru kini sudah tiba, sekali dengan Roster Update musim 15.


Terdapat beberapa pemain yang agak keliru dengan beberapa aspek baru game ini. Kami mahu cuba membantu aanda dengan FAQ ini.


Apa spec komputer yang paling rendah untuk bermain dengan Impact Engine baru ini?


OS: Windows 7 (Boleh juga dengan XP SP3)

CPU: Core 2 Duo E6600 2.4Ghz

Memory: 2GB (Advise users to use 4GB)

Graphic card: GeForce 8800GT

DirectX ver.: 9.x or above


*Ini adalah spec yang disarankan, anda boleh bermain dengan spec yang lebih rendah tetapi ia mungkin tidak dapat berjalan dengan lancar..


Kenapa saya tidak boleh muat turun patch?


Patch terbaru ini tidak mempunyai sebarang masalah, jadi sepatutnya ia boleh berjalan dengan lancar. 


Tetapi jika line internet anda terputus semasa muat turun patch, fail di dalam patch itu akan terkacau, jadi anda perlu muat turun game ini sekali lagi


Untuk anda yang mempunyai line internet yang agak perlahan, kami sarankan anda muat turun game ini dalam beberapa bahagian dari halaman muat turun kami di bawah. Installer di bawah telah dikemaskini dan dengan ini anda hanya perlu patch sedikit sahaja selepas anda install.


http://fo3.garena.com/support/download


Kenapa saya mendapat mesej controller error?


Beberapa pengurus telah pun mendapat mesej error berkenaan gamepad/controller mereka. Isu ini boleh dibaiki dengan re-installing driver controller dan gamepad anda. 


Untuk pemain yang menggunakan controller/gamepad Logitech, pastikan anda menukar toggle switch controller anda kepada D dan bukan X.


Kenapa passing dalam game ini amat perlahan?


FIFA Online 3 mahu memberi pengurus semua pengalaman bermain dengan corak permainan yang lebih realistik. Dalam enjin yang lama, pemain semua boleh pass dengan mudah dan pantas. Ini amat menyenangkan pemain untuk menjaringkan gol. Impact Engine baru ini mahu mengimbangkan lagi permainan jadi kini anda semua perlu berhati-hati sebelum passing.. 


"Adakah saya mempunyai ruang yang cukup untuk menerima passing?" "Di manakah lawan saya akan berada bila saya menerima pass ini?" "Adakah lawan saya akan mendapat bola ini dahulu dengan long pass ini?"


Semua jawapan untuk soalan sebegini perlukan pengalaman dan kemahiran. Akhirnya, pengurus yang mempunyai visi yang terhebat akan menang.


Kenapa susah sangat nak jaringkan gol?


AI Penjaga Gol kini lebih bijak dan pantas. Memang lagi sukar untuk menjaringkan gol. Tetapi kalau anda perasan, keputusan skor akhir perlawanan kini agak sama dengan perlawanan bola sepak betul.


Pengurus juga kini boleh menjaringkan gol dengan tandukan, volley dan crossing dengan lebih mudah. Ini memberikan anda peluang untuk membuat corak permainan anda lebih kreatif. Setiap gol kini perlukan tektik dan lebih banyak kerjasama.


Kenapa semua pemain saya cepat hilang stamina?


Sekali lagi kami mahu tekankan, kami mahu memberikan anda corak permainan yang lebih realistik. Ramai pengurus selalunya lari laju untuk seluruh permainan, ini memang tidak realistik.


Dan sekali lagi, pengurusan stamina pemain anda memerlukan kemahiran dari pengurus. Stamina adalah seperti minyak, pengurus yang bijak dapat menguruskan stamina pemainnya dengan betul. 


Bagaimana untuk menjaringkan penalti serta selamatkan bola semasa penalti?


Penalti adalah salah satu pertukaran paling besar dalam game. Ia mengambil masa untuk belajar, dan kami akan membuat video tutorial, tetapi untuk masa ini berikut adalah beberapa tip dari kami.


Penjaringan

-    Tekan D (shoot) apabila anak panah berada di dalam bar warna hijau

-    Tekan D dan jangan lepas (shoot) untuk kuatkan rembatan, Kami selalunya tidak tekan terlalu lama

-    Tekan anak panah untuk mengarahkan rembatan anda. Bayangkan terdapat target di tengah tengah gol. Jika anda tidak mengarahkan bola ke mana-mana arah, ia akan terus ke tengah. Jika anda tekan anak panah kira atau kanan terlalu lama bola akan pergi jauh sangat dari gol.


Menyelamatkan bola

-   Tekan CTRL + arah anda hendak dive.


Untuk video guide, tontoni streamer kami EasyGame dan tutorial penalti beliau:


https://www.youtube.com/watch?v=qqidW9tpEng


Perlukah saya log in pada masa tertentu untuk Ganjaran Compensation saya?


Tidak perlu. Ganjaran Compensation boleh didapatkan pada bila-bila masa.


Apakah maknanya dengan semua pertukaran ini?


Game ini sekarang lebih mencabar kerana ia perlukan kemahiran yang banyak dari pengurus. Pengurus perlu mengagak ruang yang mereka anda untuk passing, urus stamina untuk lari laju, mencari perlbagai cara untuk skor dan juga bertahan dengan lebih banyak cabaran.


Di manakah bola saya pelajari enjin baru ini dengan lebih mendalam?


Semua orang kini belajar dari bawah! Ini adalah saat yang baik kerana semua benda, strategi, pilihan pemain serta tektik adalah baru dan berbeza. Jika anda mahu berkongsi pendapat atau bincang mengenai Impact Engine baru ini, layari FB Group kami - FIFA Online 3 Round Table untuk belajar.


https://www.facebook.com/groups/FO3RoundTable