Selepas satu musim Kaki Bola Clash tamat, pemain-pemain teratas Hall of Fame dari setiap negeri akan berpeluang untuk bermain di Kaki Bola Clash National Championship.

 

PUSINGAN STATE QUALIFIER 

Mula-mula, pusingan State Qualifer akan diadakan untuk memilih wakil setiap negeri. Top 16 (16 pemain teratas) dari Hall of Fame dari setiap negeri akan dijemput untuk bermain di Top 16 Pusingan State Qualfier. Pusingan istimewa ini akan diadakan secara offline di 1 cybercafe dalam setiap negeri. 2 pemenang teratas dari setiap bracket akan mewakil negeri mereka di KBC National Championship (KNC)

 

Bagi bracket KL dan Penang (di mana terdapat 4 KBC sebulan) Top 32 (32 pemain teratas) dari Hall of Fame akan dijemput ke Pusingan State Qualifier dan 4 pemenang akan layak mewakili negeri mereka untuk KBC National Championship (KNC). Selepas Pusingan State Qualifier, akan terdapat 32 pemain dari seluruh Malaysia yang layak bermain di pusingan seterusnya. Di bawah adalah infograf yang menunjukkan bagaimana terdapat 32 pemain dari seluruh Malaysia untuk pusingan seterusnya.




PEMILIHAN TOP 16

Selepas memilih 32 pemain dari satu Malaysia. mereka kini perlu bermain pusingan Single Elimination secara online antara satu sama lain. Bracket pusingan ini akan dibuat secara rawak. Selepas pusingan ini, hanya 16 pemain yang akan bermain di Top 16 Round Robin KBC National Championship (KNC).




KNC ROUND ROBIN (TOP 16)

Top 16 KNC kemudian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, 4 pemain setiap kumpulan dan mereka perlu bermain pusingan Round Robin. 4 perlawanan akan disiarkan di live-stream setiap 2 minggu, Best of 3 (BO3) bersama Community Referee sebagai Marshall untuk mengawasi perlawanan. Setiap pemain Round Robin ini perlu bermain sebanyak 3 perlawanan, dan selepas itu hanya 1 pemain dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

 


KNC PUSINGAN AKHIR (TOP 4)

Pemain teratas dari setiap Kumpulan pusingan Round Robin akan bermain di Separuh Akhir KBC National Championship (KNC). Kami akan menerbangkan pemain (jika perlu) ke acara offline yang diadakan di berlainan tempat dan negeri setiap musim.