APA ITU FANTASY CUP?

Fantasy Cup ialah sebuah kejohanan penting yang diadakan untuk memilih wakil-wakil negera (Malaysia dan Singapura) bagi Kejohanan-kejohanan Antarabangsa. Terdapat sekurang-kurangnya 3 Kejohanan Antarabangsa setiap tahun, dan bagi setiap Kejohanan Antarabangsa kami akan mengadakan Fantasy Cup untuk memilih 3 wakil bagi Malaysia dan 3 wakil bagi Singapura. Fantasy Cup bagi Malaysia dan Singapura adalah berasingan.


BAGAIMANA UNTUK SERTAI?

Fantasy Cup berasingan akan diadakan untuk Malaysia dan Singapura. Di bawah kami akan menerangkan cara penyertaan bagi Fantasy Cup Malaysia dan Singapura.


MALAYSIA

8 Pemain akan dipilih untuk Fantasy Cup. 8 Pemain itu dipilih begini:

  • 3 Wakil Malaysia dari Kejohanan Antarabangsa yang lepas

  • 1 pemenang KNC musim terbaru (Mungkin dari Malaysia atau Singapura)

  • 4 atau 5 pemain (untuk cukupkan 8) akan dipilih dari Kejohanan Jemputan Offline. Top 2 Managers dari Hall Of Fame terbaru setiap negeri akan dijemput untuk kejohanan jemputan ini, dan jumlah 26 pemain akan dijemput. 26 pemain dari seluruh Malaysia ini akan bermain pusingan Double Elimination dan Top 4 atau 5 akan layak bermain di Fantasy Cup


SINGAPURA

8 Pemain akan dipilih untuk Fantasy Cup. 8 Pemain itu dipilih begini:

  • 3 Wakil Singapura dari Kejohanan Antarabangsa yang lepas

  • 1 pemenang KNC musim terbaru (Mungkin dari Malaysia atau Singapura)

  • 4 atau 5 pemain (untuk cukupkan 8) akan dipilih dari Kejohanan Jemputan Offline. Kejohanan ini akan menjemput Top 32 pemain dari Hall of Fame Singapura dan mereka akan bermain pusingan Double Elimination dan Top 4 atau 5 akan layak bermain di Fantasy Cup


PEMILIHAN 3 WAKIL

Bagi Fantasy Cup Singapura dan Malaysia, pemilihan wakil-wakil akan dilakukan begini:

  • 8 Pemain bagi setiap negara

  • Format: Round Robin

  • Bilangan Permainan: 28 Permainan

  • Tempat: Cybercafe yang dipilih kami 

  • Tempoh: 1 Hari



Top 3 bagi setiap negara selepas pusingan Round Robin ini akan menjadi Wakil negara mereka!