APA ITU COMMUNITY EVENTS?

Community Events adalah acara di mana pihak komuniti (pemain, Pemilik Cybercafe, Kelab-kelab FO3, dll) boleh membuat tournament FO3 mereka sendiri. Hadiah tournament akan ditaja oleh pasukan FIFA Online 3 dan bagi sesiapa yang mahu membuat tournament mereka sendiri, mereka boleh sediakan hadiah juga. Tidak wajib bagi pemilik tournament untuk menyediakan hadiah mereka sendiri 


SIAPA BOLEH MEMOHON MEMBUAT AKTIVITI INI?

Pemohonan terbuka kepada semua orang. Pemohon perlu memohon melalui Application Form di bawah dan menunggu untuk pemohonan mereka diluluskan

APAKAH HAD SAIZ BRACKET?

Saiz minimum untuk membuat tournament anda sendiri ialah 16 (pemain) dan tiada had maksima. Kami menyarankan anda menghadkan kepada 32 pemain tetapi jika anda rasa anda mampu menampung lebih dari itu, anda dibenarkan berbuat demikian.


APA PERLU SAYA BUAT UNTUK MEMBUAT TOURNAMENT?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat tournament anda sendiri

  1. Mohon di Sini. Permohonan perlu dibuat 3 minggu sebelum tarikh tournament anda

  2. Tunggu kelulusan dari kami (1 minggu)

  3. Selepas permohonan anda diluluskan, kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memastikan butiran tournament anda

  4. Selepas kelulusan, anda perlu membuat borang penyertaan google di Sini dan juga menyertai State Facebook Page kami mengikut negeri anda (semak Sini untuk butiran State Facebook Page)

  5. Kami akan mempromosikan acara anda di platform online kami tetapi anda bertanggungjawab untuk mendapatkan penyertaan

  6. Pada hari acara anda, anda perlu membuat challonge bracket di Sini dan masukkan semua peserta-peserta anda

  7. Anda perlu memastikan semua pemain bermain dengan adil dan anda perlu mengambil gambar acara anda

  8. Setelah acara tamat, muat naik gambar-gambar yang diambil ke State Facebook Page yang anda telah sertai (ikut negeri anda)

  9. Anda perlu mengisi laporan selepas tamat acara di Sini

  10. Kami akan memberi hadiah kepada pemenang serta kepada tuan acara seminggu selepas acara tamat



BOLEHKAH SAYA CAJ UNTUK PENDAFTARAN?

Semua Community Events adalah percuma 100% dan anda dilarang meletakkan caj pendaftaran


MOD GAME APA YANG BOLEH DIGUNAKAN?

Kami menyarankan 1v1 kerana ia yang paling terkenal. Tetapi, anda dibenarkan untuk menggunakan mod-mod yang lain. 


BERAPA BANYAK ORANG BOLEH MEMBUAT SATU ACARA?

Hanya seorang sahaja yang boleh memohon untuk membuat tournament. Pemohon itu boleh mencari orang untuk tolong mereka.


ADAKAH BAYARAN UNTUK CC AKAN DISEDIAKAN?

Jika anda tidak dapat menggunakan CC secara percuma, anda boleh memberi kami maklumat CC tersebut dan kami akan membuat bayaran yang diperlukan


BILAKAH PATUT SAYA MENGHANTAR PERMOHONAN SAYA? 

Anda perlu menghantar pemohonan 3 minggu sebelum acara anda


BAGAIMANAKAH PEMENANG AKAN MENDAPAT HADIAH MEREKA?

Anda perlu membuat laporan selepas acara, dan laporan itu akan meminta link kepada challonge bracket anda. Kami akan memasukkan hadiah mengikut challonge link itu


BOLEHKAH SAYA BERMAIN DALAM TOURNAMENT SAYA SENDIRI?

Anda tidak boleh bermain dalam tournament anda. Tetapi jangan risau, hadiah juga akan diberikan kepada mereka yang membuat Community Event ini


DI MANAKAH BORANG PERMOHONAN SERTA LAPORAN ACARA?

Anda boleh memohon di Sini dan membuat laporan selepas acara anda di Sini


APAKAH HADIAH YANG DIBERIKAN DALAM COMMUNITY EVENTS

POSITION

 REWARDS

1st

15,000 FO3 Cash

2nd

8,000 FO3 Cash

3rd 

5,000 FO3 Cash

4th 

2,000 FO3 Cash

Others

500K EP


Pemohon yang akan membuat Community Events ini akan menerima hadiah mengikut saiz bracket mereka

BRACKET SIZE

REWARDS

16 - 24 Participants 

10,000 FO3 Cash

24 and above Participants

15,000 FO3 Cash


BUAT ACARA DI TARGETED SPOTS KAMI UNTUK LEBIH HADIAH!

Anda boleh membuat acara tournament ini di mana-mana, tetapi jika anda membuat acara di salah satu Targeted Spots kami, anda akan mendapat lebih banyak hadiah lagi! Targeted Spots adalah kawasan yang kami mahu kembangkan lagi acara FIFA Online 3. Setiap negeri akan mempunyai 1 targeted spot dan setiap bulan kawasan itu akan bertukar


APAKAH HADIAH LEBIH ITU?

Untuk sesiapa yang membuat tournament di salah satu Targeted Spots kami, anda akan mendapat 5,000 FO3 Cash lebih!


BOLEHKAH KAMI BUAT ONLINE EVENT?

BOLEH! Sila hubungi CR masing-masing.



EVENT KOMUNITI


Klik: PERAK SUPER LEAGUE